I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ramadan Mubarak

Pertandingan Bowling di Alamanda,Putrajaya

Majlis Sambutan Hari Lahir Pegawai Pasukan C ( MAC,APRIL & MEI)

Rekreasi Pasukan C ke Jeram Toi

Tidak Perlu Terburu-buru Tukar Pasport Baru: KP Imigresen

1:22 AM Edit This 0 Comments »

SEPANG, 2 Mac (Bernama) -- Orang ramai dinasihat agar tidak terburu-buru untuk menukar pasport lama mereka kepada e-pasport Malaysia versi piawaian Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), yang mula dikeluarkan bulan lepas.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Abdul Rahman Othman berkata jabatan itu mengesan kesesakan di beberapa pejabat imigresen untuk mendapat e-pasport yang berharga RM100 untuk tempoh sah laku dua tahun dipercayai disebabkan oleh khabar angin bahawa ia hanya akan dikeluarkan untuk tempoh masa yang terhad.

"Pasport ini kerajaan dah putuskan tak akan dihentikan pengeluarannya, jadi tak payah semua berebut nak datang membanjiri pejabat-pejabat imigresen," katanya kepada pemberita di Depot Imigresen KLIA di sini Selasa bagi menyaksikan penghantaran pulang 144 pendatang asing tanpa izin ke negara asal mereka.

Abdul Rahman berkata pasport Malaysia versi lama masih boleh digunakan selagi tidak melepasi tarikh tamat tempoh.

E-pasport ICAO, yang dilancarkan 2 Feb lalu oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, menjadi pilihan orang ramai kerana turut menawarkan pasport berharga RM100 untuk tempoh sah laku selama dua tahun.

Jabatan Imigresen juga mengeluarkan pasport berharga RM300 untuk tempoh sah laku selama lima tahun.

Abdul Rahman berkata sehingga 28 Feb lalu sebanyak 36,926 e-pasport ICAO dikeluarkan, iaitu 3,324 di Putrajaya, 13,608 di Kuala Lumpur dan 19,994 di Selangor.

Beliau berkata kerajaan juga melaksanakan pengeluaran pasport itu di seluruh negara secara berperingkat, bermula di Pahang pada 20 Feb lalu, diikuti dengan Kelantan dan Terengganu 27 Mac ini.

Abdul Rahman berkata semua operasi bagi permohonan pasport di Putrajaya telah dipindahkan dari Ibu Pejabat Imigresen di Presint 2 ke cawangan Presint 14 sejak 22 Feb lalu.

0 comments: