I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ramadan Mubarak

Pertandingan Bowling di Alamanda,Putrajaya

Majlis Sambutan Hari Lahir Pegawai Pasukan C ( MAC,APRIL & MEI)

Rekreasi Pasukan C ke Jeram Toi

RM171 Juta Tanggung Perbelanjaan Tahanan Warga Asing Tahun Lepas - Hishammuddin

3:28 AM Edit This 0 Comments »
PUTRAJAYA, 23 Mac (Bernama) -- Kerajaan membelanjakan kira-kira RM171 juta bagi menanggung perbelanjaan tahanan dan banduan warga asing bagi tahun lalu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata sepanjang tahun lalu, banduan warga asing yang diuruskan di penjara adalah berjumlah 81,396 orang dan purata sehari tahanan adalah berjumlah 13,392 orang.

Katanya ini menunjukkan kemasukan pekerja asing juga boleh dikaitkan dengan bebanan ekonomi yang meliputi implikasi kos yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan untuk perbelanjaan pengurusan melibatkan tahanan warga asing.

"Ini termasuk peruntukan yang disalurkan untuk pengurusan pusat-pusat tahanan seperti lokap, penjara dan depoh tahanan Imigresen," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan ahli makmal pengurusan warga asing di Kementerian Dalam Negeri di sini Selasa.

Beliau berkata tahanan warga asing yang diuruskan di 13 buah depoh tahanan pula adalah berjumlah 408,979 orang bagi tempoh tiga tahun sejak 2006 dan purata setahun tahanan adalah berjumlah 102,244 orang.

Hishammuddin berkata perbelanjaan yang ditanggung kerajaan bagi jumlah kos makan untuk sehari bagi tahanan warga asing di depoh tahun lalu sahaja adalah sebanyak RM341,881.

Selain itu, katanya program penghantaran pulang dan pengusiran warga asing yang diuruskan oleh Jabatan Imigresen dari tahun 2007 hingga tahun lalu melibatkan kos kira-kira RM35 juta.

Beliau berkata kerajaan juga terpaksa berbelanja untuk kos-kos langsung dan tidak langsung yang berkaitan dengan warga asing seperti aspek keselamatan, implikasi sosial dan perkhidmatan kesihatan.

Katanya itu tidak termasuk nilai yang begitu tinggi membabitkan subsidi minyak dan keperluan asas yang diberikan kepada rakyat tetapi hakikatnya turut dinikmati oleh warga asing yang berada di negara ini.

"Melalui makmal ini, kita berharap agar dapat diwujudkan mekanisme untuk memastikan data dan maklumat yang terdapat di semua kementerian dan agensi kerajaan serta sektor swasta dapat dikumpul dan diselaras untuk membolehkan analisa kos dan keuntungan dapat diperolehi dengan tepat dan menyeluruh," katanya.

Hishammuddin berkata makmal yang dianggotai seramai 33 ahli daripada kementerian dan agensi yang berkaitan akan bermula secara rasmi pada hari ini untuk mencari kaedah terbaik dalam pengurusan dan pemantauan warga asing.

Katanya mereka diberi tempoh sebulan iaitu sehingga 23 April ini untuk mengemukakan cadangan daripada segi mekanisme agar kerajaan mendapat maklumat tepat dan terkini berhubung analisis perbandingan kos dan keuntungan berhubung kemasukan warga asing ke negara ini.

Katanya penilaian itu meliputi semua sektor terpilih seperti pembinaan, perkilangan, perladangan, perkhidmatan, pelancongan dan pertanian.

Bagaimanapun, katanya beliau berharap mereka dapat mengemukakan cadangan itu kurang daripada tempoh sebulan berikutan ia perlu dibentangkan pada jawatankuasa Kabinet.



-- BERNAMA

3:21 AM Edit This 0 Comments »

Jabatan Imigresen Rancang Miliki Kaunter Perkhidmatan Terbaik

3:20 AM Edit This 0 Comments »
MELAKA, 25 Mac (Bernama) -- Jabatan Imigresen sedang meningkatkan mutu perkhidmatan kaunter khususnya di pintu masuk negara untuk memastikan kaunter perkhidmatannya adalah yang terbaik.

Timbalan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Raja Mohd Raja Ismail berkata jabatan itu akan memiliki sebuah fasiliti khusus untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kaunter apabila kerja penambahbaikan Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) di Port Dickson, Negeri Sembilan, siap dua bulan lagi.

"Kita akan mempunyai sebuah pusat latihan yang lengkap, siap dengan mock-up kaunter, ini untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pegawai yang bertugas di kaunter," katanya.

Beliau bercakap kepada Bernama selepas merasmikan majlis penutup Tamat Latihan Kursus Induksi Umum dan Khusus bagi 320 pegawai Imigresen di Ayer Keroh di sini, Khamis.

Raja Mohd berkata selain daripada meningkatkan mutu pegawai kaunter, jabatan itu akan sentiasa memperkenalkan teknologi baru di kaunter pintu masuk negara bagi membantu pegawai Imigresen menjalankan tugas mereka dengan berkesan.

Objektif utama peningkatan kaunter perkhidmatan ini ialah untuk memastikan rakyat dan pelancong lebih selesa berurusan dengan jabatan ini di samping meningkatkan tahap keselamatan negara, katanya.

Sehingga 18 Mac lepas, Malaysia mempunyai 29 pintu masuk melalui darat, 20 pintu masuk melalui udara dan 37 pintu masuk melalui laut.

Raja Mohd berkata AIMM juga merancang untuk melatih pegawai perkhidmatan kaunter dari agensi lain dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kaunter.

Katanya jabatan itu juga sentiasa bekerjasama dengan Imigresen dari negara lain untuk meningkatkan tahap kemahiran pegawainya.

Sejak AIMM ditubuhkan pada 2001, lebih 18,000 pegawai Imigresen telah dilatih di akademi berkenaan, kata Raja Mohd.

KLIA menang dua anugerah Skytrax 2010

3:16 AM Edit This 0 Comments »
KUALA LUMPUR: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) muncul di tempat teratas di dalam kategori Perkhidmatan Imigresen Lapangan Terbang Terbaik dan Perkhidmatan Petugas Cemerlang Terbaik di majlis Anugerah Lapangan Terbang Dunia Skytrax 2010 baru-baru ini.

Pengarah Urusan Malaysia Airports, Tan Sri Bashir Ahmad, berkata bagi kedudukan 25 teratas Anugerah Lapangan Terbang Dunia 2010, KLIA menambah baik kedudukannya ke tempat kelima, daripada kedudukan ke-17 sebelum itu.

"Anugerah itu menunjukkan kecemerlangan perkhidmatan pelanggan cemerlang yang kami sentiasa tingkatkan, dengan menetapkan satu penanda aras bagi diri kami sendiri. "Saya juga ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Jabatan Imigresen dan tenaga kerja KLIA kerana pencapaian yang cemerlang ini. Anugerah ini telah menambah baik reputasi KLIA," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anugerah Lapangan Terbang Dunia adalah anugerah yang paling berprestasi yang mengiktiraf kualiti produk dan perkhidmatan, yang merentasi industri lapangan terbang dunia.

Anugerah itu adalah satu pengiktirafan terhadap kualiti kepada industri lapangan terbang dunia di dalam menilai perkhidmatan barisan hadapan dan kemudahan pelanggan lapangan terbang secara umum yang ditentukan melalui Kajian Lapangan Terbang Dunia 2009-2010.

Ia dilaksanakan oleh Skytrax antara Julai 2009 dan Mac 2010. - Bernama

Majlis Perkahwinan TPPI Engku Norazimah Binti Engku Mohamed @ Pasangannya Aiman B. Mohd Salleh

5:50 AM Edit This 0 Comments »
Bekas Ketua Pasukan C-LCCT iaitu TPPI Engku Norazimah Bt Engku Mohamed selamat melansungkan perkahwinannya pada hari Sabtu,13 MAC 2010 bersamaan 27 RabiuAwal 1431H di alamat : Lot 1120, Kg Tebing Tinggi Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bahru, Kelantan. Tahniah diucapkan kepada beliau.

















Pengeluaran e-pasport diteruskan

1:41 AM Edit This 0 Comments »

PEGAWAI Imigresen, Sophiana Simdie menunjukkan e-pasport Malaysia (kanan) versi piawaian Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa dan pasport 32 muka surat di Putrajaya, semalam.

SEPANG 2 Mac – Kerajaan tidak akan menghentikan pengeluaran e-pasport Malaysia versi piawaian Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) berharga RM100 bagi tempoh sah laku dua tahun.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, justeru orang ramai tidak perlu terburu- buru mendapatkannya seolah-olah ia dihentikan pengeluarannya dalam masa terdekat.

“Kerajaan sudah membuat keputusan tidak akan menghentikan pengeluaran pasport berharga RM100 ini.

“Jadi, saya memohon masyarakat jangan ambil kesempatan membanjiri pejabat Imigresen yang seolah-olah hendak menghentikan pengeluaran pasport 32 muka surat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Depot Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Beliau mengulas khabar angin bahawa kerajaan akan menghentikan pengeluaran e-pasport berharga RM100 bagi tempoh sah laku dua tahun itu.

Khabar angin itu menyebabkan berlaku kesesakan luar biasa di beberapa pejabat Imigresen kerana orang ramai tidak mahu melepaskan peluang mendapatkan pasport berharga lebih murah itu.

Menurut Abdul Rahman, kesesakan turut berlaku di pejabat Imigresen Johor di mana ia diserbu oleh kira-kira 500 orang sehari.

“Kenapa perlu berlaku keadaan sebegitu kerana ia akan menimbulkan isu lain pula seperti kerosakan mesin pengeluaran dan sebagainya menyebabkan ia tidak dapat dikeluarkan dalam masa dua jam,” katanya.

Bagaimanapun, Abdul Rahman berkata, orang ramai menyambut baik pengenalan e-pasport ICAO walaupun ia baru dilancarkan awal bulan ini dan diperkenalkan di sekitar Lembah Klang sahaja.

“Sebanyak 36,926 e-pasport ICAO telah dikeluarkan dalam tempoh sebulan ini iaitu 3,324 di Putrajaya, Kuala Lumpur (13,608) manakala Selangor (19,994).

“Kita menjangkakan pada tahun ini semua pejabat Imigresen seluruh negara akan mengeluarkan e-pasport versi ICAO sebagaimana yang dirancang,” katanya.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata, pihaknya berusaha untuk memastikan semua tahanan di setiap depot Imigresen dikeluarkan secepat mungkin bagi mengelak kesesakan.

“Setakat ini semua depot masih terkawal. Bagaimanapun kita perlu keluarkan mereka secepat mungkin, jadi tidak akan berlaku lambakan apabila operasi memburu pendatang tanpa izin dilakukan.

“Seperti pada hari ini, 144 tahanan warga Indonesia di depot KLIA akan dihantar pulang melalui pelabuhan Pasir Gudang, Johor,” katanya.

Pemeriksaan Imigresen tak sampai seminit

1:35 AM Edit This 0 Comments »
SEPANG 2 Mac – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan proses pemeriksaan di semua 125 pintu keluar masuk negara ini yang menggunakan sistem pagar automatik (autogate) tidak akan mengambil masa lebih daripada seminit.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam berkata, masalah kelewatan proses pemeriksaan yang menggunakan sistem itu sebelum ini tidak akan berulang lagi kerana ia sudah dinaik taraf.

“Pintu masuk utama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) sudah dinaik taraf dan pemegang pasport memerlukan masa lebih singkat berbanding sebelum ini.

“Langkah menaik taraf sistem itu tidak melibatkan sebarang kos kerana ia adalah sebahagian daripada kerja penyelenggaraan yang biasa dilakukan setiap tahun,” katanya selepas membuat lawatan mengejut ke Balai Pelepasan KLIA di sini malam ini.

Lawatan tersebut ekoran laporan akhbar Isnin lalu berkenaan kegagalan sistem tersebut di KLIA sehingga menyebabkan proses pemeriksaan Imigresen dikatakan terganggu.

Menurut Mahmood, sebelum ini sistem terbabit mengambil masa sehingga 15 saat untuk pemeriksaan pasport, namun selepas dinaik taraf hanya tujuh saat diperlukan untuk urusan berkenaan.

Beliau menjelaskan, syarikat yang dilantik untuk kerja penyelenggaraan juga sudah berjanji untuk melaksanakan tugas dengan baik bagi memastikan sistem berkenaan tidak mengalami sebarang masalah pada masa akan datang.

“Dua syarikat berkenaan adalah Hi-Tech Padu Berhad yang bertanggungjawab dalam kerja penyelenggaraan dan Iris Corporation Bhd. yang mereka perisian sistem itu sudah berjanji untuk melaksanakan tugas mereka dengan baik.

“Malah, mereka juga menyatakan kesanggupan ditamatkan kontrak sekiranya berlaku sebarang masalah pada sistem itu,” katanya.

Menurut beliau, kementeriannya memberikan masa tiga bulan kepada dua syarikat terbabit untuk menjalankan kerja naik taraf di semua 125 pintu masuk utama negara termasuk di Johor Bahru.

“Proses menaik taraf sedang berlangsung dan kami jangkakan ia akan selesai sekurang-kurangnya pada Jun nanti,” katanya.

Tidak Perlu Terburu-buru Tukar Pasport Baru: KP Imigresen

1:22 AM Edit This 0 Comments »

SEPANG, 2 Mac (Bernama) -- Orang ramai dinasihat agar tidak terburu-buru untuk menukar pasport lama mereka kepada e-pasport Malaysia versi piawaian Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), yang mula dikeluarkan bulan lepas.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Abdul Rahman Othman berkata jabatan itu mengesan kesesakan di beberapa pejabat imigresen untuk mendapat e-pasport yang berharga RM100 untuk tempoh sah laku dua tahun dipercayai disebabkan oleh khabar angin bahawa ia hanya akan dikeluarkan untuk tempoh masa yang terhad.

"Pasport ini kerajaan dah putuskan tak akan dihentikan pengeluarannya, jadi tak payah semua berebut nak datang membanjiri pejabat-pejabat imigresen," katanya kepada pemberita di Depot Imigresen KLIA di sini Selasa bagi menyaksikan penghantaran pulang 144 pendatang asing tanpa izin ke negara asal mereka.

Abdul Rahman berkata pasport Malaysia versi lama masih boleh digunakan selagi tidak melepasi tarikh tamat tempoh.

E-pasport ICAO, yang dilancarkan 2 Feb lalu oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, menjadi pilihan orang ramai kerana turut menawarkan pasport berharga RM100 untuk tempoh sah laku selama dua tahun.

Jabatan Imigresen juga mengeluarkan pasport berharga RM300 untuk tempoh sah laku selama lima tahun.

Abdul Rahman berkata sehingga 28 Feb lalu sebanyak 36,926 e-pasport ICAO dikeluarkan, iaitu 3,324 di Putrajaya, 13,608 di Kuala Lumpur dan 19,994 di Selangor.

Beliau berkata kerajaan juga melaksanakan pengeluaran pasport itu di seluruh negara secara berperingkat, bermula di Pahang pada 20 Feb lalu, diikuti dengan Kelantan dan Terengganu 27 Mac ini.

Abdul Rahman berkata semua operasi bagi permohonan pasport di Putrajaya telah dipindahkan dari Ibu Pejabat Imigresen di Presint 2 ke cawangan Presint 14 sejak 22 Feb lalu.

Pertukaran - PI NUR AFZAN BT DZULKEFLI

7:29 AM Edit This 0 Comments »



PI Nur Afzan Bt Dzulkefli, pegawai dari Pasukan C yang baru bertugas dengan Pasukan C pada 01 FEBRUARI 2010. Beliau sebelum ini bertugas di MTB-KLIA. Setelah kira-kira sebulan beliau kini bertukar ke Pejabat Imigrsen Shah Alam berkuatkuasa pada 01 MAC 2010.

GRO biadap

1:14 AM Edit This 0 Comments »
BERKAS... sebahagian daripada sembilan wanita warga asing yang ditahan selepas disyaki bekerja sebagai GRO.


GEORGETOWN: Berang dengan kehadiran sekumpulan jurugambar, seorang wanita warga China yang dipercayai pelayan pelanggan (GRO) mengeluarkan kata-kata kesat ketika cuba menghalang gambarnya dirakam apabila dicekup polis di sebuah pusat karaoke di Persiaran Gurney, di sini, awal pagi semalam.

Wanita dalam lingkungan 20-an itu bertindak kurang ajar kerana tidak berpuas hati terhadap wartawan dan jurugambar yang hadir ketika penahanannya, yang dipercayai kali kedua selepas dicekup di lokasi sama tahun lalu.

Bagaimanapun, tindakan agresif wanita itu yang menghalang jurugambar menjalankan tugas berjaya dikawal anggota polis.

Wanita itu antara 13 wanita warga China dan seorang wanita warga Uzbekistan bersama 20 pelanggan lelaki berusia antara 20 hingga 30-an yang ditahan kira-kira jam 12.15 tengah malam semalam oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah dan Narkotik, Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang.

Operasi itu turut disertai 17 pegawai dan anggota Bahagian Penguat kuasa dan Pelesenan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang diketuai Pengarah Pelesenan, Rafiah Mohd Radzi manakala polis pula diketuai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Nasir Salleh.

Mohd Nasir berkata, operasi dijalankan selepas mendapat maklumat awam bahawa sebuah premis hiburan menjalankan operasi tanpa lesen dan menyalahgunakan syarat lesen dengan menggajikan wanita warga asing sebagai GRO.

“Sumber juga memaklumkan, kegiatan tidak bermoral dan penyalahgunaan dadah dijalankan di dalam pusat karaoke yang diserbu dan hasil pemeriksaan di premis itu kami menemui beberapa pil khayal jenis Eramin 5 dan ecstasy bertaburan di lantai beberapa bilik,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Katanya, ketika pemeriksaan, semua GRO di dalam premis dan seorang daripada mereka pernah ditahan di lokasi sama tahun lalu.

Menurutnya, pihaknya memantau premis itu selama tiga hari sebelum menyerbu dan berjaya membongkar kegiatan GRO membabitkan warga China yang berselindung di sebalik sebuah pusat karaoke.

Beliau berkata, siasatan juga mendapati semua wanita warga asing itu mempunyai pasport sah tetapi menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Katanya, hasil saringan air kencing ke atas 20 pelanggan lelaki, empat didapati positif dadah dan mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) untuk dibuat laporan tangkapan dan keterangan diri.

“Berdasarkan siasatan, premis ini membuat permohonan mendapatkan lesen dan diluluskan MPPP tetapi tidak diserahkan lagi kepada pemilik, namun mereka menjalankan perniagaan sejak Disember tahun lalu.

“Semua wanita warga asing itu disiasat mengikut Seksyen 39B Peraturan Imigresen 1959/1963 atas kesalahan melanggar syarat pas dan permit.

“Pengusahanya turut didakwa kerana menggajikan pekerja warga asing mengikut Seksyen 55B Peraturan Imigresen 1959/1963 manakala empat lelaki tempatan yang ditahan disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

63 warga Malaysia bekerja secara haram dihantar pulang

1:02 AM Edit This 0 Comments »

MELBOURNE 26 Feb. - Sekumpulan 76 pekerja tanpa izin yang bekerja sebagai pemetik buah telah dihantar pulang ke Malaysia dan Indonesia selepas operasi mengesan secara besar-besaran oleh pihak imigresen.
Seramai 63 warga Malaysia dan 13 lagi warga Indonesia diterbangkan pulang malam tadi, jumlah penghantaran pulang terbesar dari Australia dalam dekad ini, menurut satu kenyataan kerajaan.

Mereka diberkas dalam serbuan di sebuah kawasan letak karavan minggu lepas di Mooroopna, ke barat Shepparton, di mana mereka telah bekerja secara haram memetik tomato dan buah pir dan mereka adalah antara 85 orang yang ditahan.
Persiapan sedang dibuat bagi menghantar pulang sembilan orang selebihnya, lima rakyat Malaysia, tiga Korea Selatan dan seorang Nepal.
Menteri Imigresen, Senator Chris Evans berkata, 85 orang itu telah memasuki Australia dengan visa yang sah sebelum bekerja secara haram.

Sambil memuji kecekapan dan kepantasan jabatan imigresen bertindak, Senator Evans berkata, majikan menghadapi denda hingga A$13,200 (RM40,656) dan penjara dua tahun kerana mengambil orang bekerja tanpa permit kerja, dan syarikat terlibat boleh dipotong pendapatan mereka sebanyak A$66,000 (RM203,280) bagi setiap pekerja haram. - Bernama