I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ramadan Mubarak

Pertandingan Bowling di Alamanda,Putrajaya

Majlis Sambutan Hari Lahir Pegawai Pasukan C ( MAC,APRIL & MEI)

Rekreasi Pasukan C ke Jeram Toi

Pengeluaran e-pasport diteruskan

1:41 AM Edit This 0 Comments »

PEGAWAI Imigresen, Sophiana Simdie menunjukkan e-pasport Malaysia (kanan) versi piawaian Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa dan pasport 32 muka surat di Putrajaya, semalam.

SEPANG 2 Mac – Kerajaan tidak akan menghentikan pengeluaran e-pasport Malaysia versi piawaian Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) berharga RM100 bagi tempoh sah laku dua tahun.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, justeru orang ramai tidak perlu terburu- buru mendapatkannya seolah-olah ia dihentikan pengeluarannya dalam masa terdekat.

“Kerajaan sudah membuat keputusan tidak akan menghentikan pengeluaran pasport berharga RM100 ini.

“Jadi, saya memohon masyarakat jangan ambil kesempatan membanjiri pejabat Imigresen yang seolah-olah hendak menghentikan pengeluaran pasport 32 muka surat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Depot Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Beliau mengulas khabar angin bahawa kerajaan akan menghentikan pengeluaran e-pasport berharga RM100 bagi tempoh sah laku dua tahun itu.

Khabar angin itu menyebabkan berlaku kesesakan luar biasa di beberapa pejabat Imigresen kerana orang ramai tidak mahu melepaskan peluang mendapatkan pasport berharga lebih murah itu.

Menurut Abdul Rahman, kesesakan turut berlaku di pejabat Imigresen Johor di mana ia diserbu oleh kira-kira 500 orang sehari.

“Kenapa perlu berlaku keadaan sebegitu kerana ia akan menimbulkan isu lain pula seperti kerosakan mesin pengeluaran dan sebagainya menyebabkan ia tidak dapat dikeluarkan dalam masa dua jam,” katanya.

Bagaimanapun, Abdul Rahman berkata, orang ramai menyambut baik pengenalan e-pasport ICAO walaupun ia baru dilancarkan awal bulan ini dan diperkenalkan di sekitar Lembah Klang sahaja.

“Sebanyak 36,926 e-pasport ICAO telah dikeluarkan dalam tempoh sebulan ini iaitu 3,324 di Putrajaya, Kuala Lumpur (13,608) manakala Selangor (19,994).

“Kita menjangkakan pada tahun ini semua pejabat Imigresen seluruh negara akan mengeluarkan e-pasport versi ICAO sebagaimana yang dirancang,” katanya.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata, pihaknya berusaha untuk memastikan semua tahanan di setiap depot Imigresen dikeluarkan secepat mungkin bagi mengelak kesesakan.

“Setakat ini semua depot masih terkawal. Bagaimanapun kita perlu keluarkan mereka secepat mungkin, jadi tidak akan berlaku lambakan apabila operasi memburu pendatang tanpa izin dilakukan.

“Seperti pada hari ini, 144 tahanan warga Indonesia di depot KLIA akan dihantar pulang melalui pelabuhan Pasir Gudang, Johor,” katanya.

0 comments: