I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ramadan Mubarak

Pertandingan Bowling di Alamanda,Putrajaya

Majlis Sambutan Hari Lahir Pegawai Pasukan C ( MAC,APRIL & MEI)

Rekreasi Pasukan C ke Jeram Toi

Pemeriksaan Imigresen tak sampai seminit

1:35 AM Edit This 0 Comments »
SEPANG 2 Mac – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan proses pemeriksaan di semua 125 pintu keluar masuk negara ini yang menggunakan sistem pagar automatik (autogate) tidak akan mengambil masa lebih daripada seminit.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam berkata, masalah kelewatan proses pemeriksaan yang menggunakan sistem itu sebelum ini tidak akan berulang lagi kerana ia sudah dinaik taraf.

“Pintu masuk utama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) sudah dinaik taraf dan pemegang pasport memerlukan masa lebih singkat berbanding sebelum ini.

“Langkah menaik taraf sistem itu tidak melibatkan sebarang kos kerana ia adalah sebahagian daripada kerja penyelenggaraan yang biasa dilakukan setiap tahun,” katanya selepas membuat lawatan mengejut ke Balai Pelepasan KLIA di sini malam ini.

Lawatan tersebut ekoran laporan akhbar Isnin lalu berkenaan kegagalan sistem tersebut di KLIA sehingga menyebabkan proses pemeriksaan Imigresen dikatakan terganggu.

Menurut Mahmood, sebelum ini sistem terbabit mengambil masa sehingga 15 saat untuk pemeriksaan pasport, namun selepas dinaik taraf hanya tujuh saat diperlukan untuk urusan berkenaan.

Beliau menjelaskan, syarikat yang dilantik untuk kerja penyelenggaraan juga sudah berjanji untuk melaksanakan tugas dengan baik bagi memastikan sistem berkenaan tidak mengalami sebarang masalah pada masa akan datang.

“Dua syarikat berkenaan adalah Hi-Tech Padu Berhad yang bertanggungjawab dalam kerja penyelenggaraan dan Iris Corporation Bhd. yang mereka perisian sistem itu sudah berjanji untuk melaksanakan tugas mereka dengan baik.

“Malah, mereka juga menyatakan kesanggupan ditamatkan kontrak sekiranya berlaku sebarang masalah pada sistem itu,” katanya.

Menurut beliau, kementeriannya memberikan masa tiga bulan kepada dua syarikat terbabit untuk menjalankan kerja naik taraf di semua 125 pintu masuk utama negara termasuk di Johor Bahru.

“Proses menaik taraf sedang berlangsung dan kami jangkakan ia akan selesai sekurang-kurangnya pada Jun nanti,” katanya.

0 comments: