I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ramadan Mubarak

Pertandingan Bowling di Alamanda,Putrajaya

Majlis Sambutan Hari Lahir Pegawai Pasukan C ( MAC,APRIL & MEI)

Rekreasi Pasukan C ke Jeram Toi

SATU JAM BAWAH KOTAK

9:14 AM Posted In Edit This 0 Comments »
PELABUHAN KLANG: Disebabkan takut, 18 wanita pendatang tanpa izin dari Indonesia sanggup bersembunyi di bawah timbunan kotak kosong hampir sejam hingga ada yang sesak nafas sebelum berjaya ditahan pihak berkuasa.

Dalam serbuan di sebuah kilang membuat komponen televisyen di kawasan Perindustrian Bandar Sultan Sulaiman, di sini, semalam, pekerja wanita terbabit berusia awal 20-an sanggup berhimpit-himpit dalam gelap di tingkat satu kilang itu.

Sejurus pihak berkuasa menemui ‘sarang’ persembunyian itu, dua daripada mereka terpaksa diberi rawatan akibat sesak nafas kerana terlalu panas dan kawasan itu juga dipenuhi debu.

Difahamkan, ada pendatang asing terbabit merayu dan cuba merasuah penguat kuasa dengan menawarkan wang RM30 supaya dibebaskan.

Operasi bermula kira-kira jam 10 pagi semalam dan berakhir tiga jam itu berjaya menahan 27 lelaki dan 29 wanita warga Indonesia dan Bangladesh yang tiada dokumen perjalanan sah selain memasuki negara ini secara haram.

Ketua Bahagian Penguat kuasa Imigresen Selangor, Md Shahpri Said, berkata 35 anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen dibantu lima anggota Jabatan Pendaftaran Negara serta 30 Ikatan Relawan Rakyat (Rela) melakukan serbuan selepas mendapat maklumat kilang itu menggaji pekerja wanita tanpa permit.

“Semua mereka akan didakwa mengikut Akta 1959/63 Pindaan 2000 kerana tidak memiliki dokumen sah. Pemilik kilang pula akan diambil tindakan mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 kerana menggaji pekerja tanpa permit sah dan boleh dikenakan kompaun RM5,000 untuk setiap pekerja yang ditahan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Md Shahpri berkata, pihaknya juga akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa dan meminta majikan tidak menggaji pekerja asing tanpa permit sah semata-mata mahu mengaut keuntungan berlipat ganda.

“Kami juga meminta orang ramai yang ada maklumat mengenai kilang yang mempunyai pekerja haram supaya menghubungi kami untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Md Shahpri berkata, seramai 100 lelaki dan 54 wanita warga asing ditahan semalam dalam operasi sama di sebuah lagi kilang di kawasan berkenaan.