I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ramadan Mubarak

Pertandingan Bowling di Alamanda,Putrajaya

Majlis Sambutan Hari Lahir Pegawai Pasukan C ( MAC,APRIL & MEI)

Rekreasi Pasukan C ke Jeram Toi

e-Pasport Versi ICAO Mampu Milik

12:44 AM Edit This 0 Comments »

e-Pasport Malaysia Versi International Civil Aviation Organization (ICAO) yang dilancarkan oleh Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein pada petang 2 Februari 2010 jelas mengambarkan pandangan ke hadapan Kerajaan ke arah menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat pada kos yang mampu dibayar oleh rakyat. ICAO adalah agensi khas yang ditubuhkan pada 1947 di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berpangkalan di Montreal, Canada. ICAO diberi mandat oleh PBB untuk mewujudkan dan menetapkan piawaian dan spesifikasi pasport antarabangsa yang perlu dipatuhi oleh negara anggotanya.

Piawaian ICAO merujuk kepada spesifikasi dan standard piawaian dokumen perjalanan bagi tujuan mengawal pergerakan keluar/masuk di sempadan negara. Piawaian pasport ICAO yang ditetapkan dan perlu dipatuhi adalah seperti:

struktur susun data - peningkatan ruang untuk pengisian data
format biometrik - perubahan dari sistem persendirian (propriety) kepada sistem terbuka (open)
imej - peningkatan resolusi yang lebih tinggi untuk pengecaman wajah dengan lebih tepat; dan
pengesahan dokumen - Peralihan dari Secured Access Module (SAM) kepada Public Key Infrastructure (PKI) - data yang terkandung dalam cip elektronik boleh dibaca oleh negara-negara lain.
Pelaksanaan e-pasport versi ICAO ini adalah penting bagi meningkatkan ciri-ciri keselamatan, kecekapan operasi dan keberkesanan sistem e-pasport secara menyeluruh. Selain itu, keperluan untuk beralih dari e-pasport semasa kepada e-pasport versi ICAO didasari oleh beberapa sebab. Antaranya ialah meningkatkan integriti dokumen perjalanan; keseragaman dokumen perjalanan di antara negara-negara anggota ICAO; dan mengekang dan mencegah gejala pemalsuan pasport Malaysia.

Selain itu, ia juga bagi mengekang kes-kes kecurian serta melindungi identiti rakyat Malaysia (cip tidak boleh dipalsukan); memperkasakan kawalan keselamatan pintu-pintu masuk negara; lebih fokus menyaring pengembara berisiko tinggi; dan memberikan fasilitasi kepada pengembara tulen.

Pelaksanaan e-pasport versi ICAO ini membolehkan rakyat menikmati faedah sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih efisen, keselesaan pergerakan rakyat Malaysia di pintu-pintu masuk antarabangsa melalui dokumen yang mempunyai keupayaan 'interperobality'/'saling kendali' di mana ketulenan atau kesahihan maklumat pemegang pasport dengan dokumen perjalanan boleh disahkan; dan menikmati kemudahan e-servis dan pintu pemeriksaan automatik (autogate) yang disediakan oleh negara-negara anggota ICAO di seluruh dunia kelak (untuk negara-negara yang menyediakan fasiliti tersebut).

Pengeluaran e-Pasport Malaysia versi ICAO akan dilaksanakan secara berperingkat. Iaitu Fasa 1 adalah untuk memenuhi ciri-ciri fizikal piawaian ICAO dan tempoh pelaksanaan adalah bulan Februari 2010 untuk seluruh Lembah Klang, Johor dan Pahang, bulan Mac hingga Mei 2010 untuk seluruh Malaysia dan bulan Julai dan Ogos 2010 bagi kesemua pejabat pengeluar pasport Malaysia di luar negara.

Perubahan nyata yang dapat dilihat dalam e-Pasport Malaysia:

1.logo e-Pasport di kulit hadapan;
2.muka surat biodata diubah dari kulit dalam hadapan ke muka surat 2;
3.ruang tandatangan diubah dari muka surat 32/64 ke muka surat 3.
4.cetakan imej di setiap muka surat visa ; dan
5.pasport mengandungi 48 muka surat.

0 comments: