I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ramadan Mubarak

Pertandingan Bowling di Alamanda,Putrajaya

Majlis Sambutan Hari Lahir Pegawai Pasukan C ( MAC,APRIL & MEI)

Rekreasi Pasukan C ke Jeram Toi

'Tentera semut' sukar dikawal

12:51 AM Posted In Edit This 0 Comments »
KUALA LUMPUR 26 Dis. - Jabatan Imigresen mengakui aktiviti penyeludupan oleh 'pelawat tradisional' atau 'tentera semut' di kawasan sempadan sukar dikawal kerana mereka sangat memahami selok-belok perairan negara.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, pelawat tradisional ialah rakyat negara jiran yang masuk ke negara ini untuk menjalankan perniagaan sejak turun-temurun.

"Mereka sudah tahu selok-belok perairan negara dan tahu di mana pos imigresen kita di sempadan, mereka pasti berjaya mengelak daripada melaluinya.

"Kawalan kita memang ketat, di kawasan sungai juga ada anggota kita membuat kawalan tetapi kegiatan mereka (pelawat tradisional) memang sukar dikawal," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia menyiarkan laporan khas yang membongkar kewujudan penyeludup yang dikenali sebagai 'tentera semut' di kawasan bandar berhampiran sempadan negara.

Walaupun menyalahi undang-undang, ia seolah-olah 'dihalalkan' oleh kebanyakan penduduk tempatan yang terlibat langsung dengan kegiatan itu yang berakar umbi sejak berpuluh-puluh tahun lalu.

Pekerjaan tentera semut itu dianggap sebagai punca utama pendapatan untuk menyara keluarga memandangkan hasilnya yang lumayan sehingga melebihi RM3,000 sebulan.

Abdul Rahman berkata, segala aktiviti perdagangan di sungai adalah salah dari segi undang-undang.

"Kita sudah lama memperketatkan aspek keselamatan di sempadan negara ini, apa yang penting sekarang ialah meningkatkan kawalan dan mengambil langkah lebih berhati-hati.

"Ini terutama bagi mengesan pergerakan pelawat tradisional," katanya yang mengakui aktiviti penyeludupan tersebut kini menjadi-jadi dan pelbagai taktik baru digunakan untuk mengaburi pihak berkuasa.

0 comments: