I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ramadan Mubarak

Pertandingan Bowling di Alamanda,Putrajaya

Majlis Sambutan Hari Lahir Pegawai Pasukan C ( MAC,APRIL & MEI)

Rekreasi Pasukan C ke Jeram Toi

Pasport Mampu Milik

6:39 AM Posted In Edit This 0 Comments »
RM 100 ringan beban rakyat

Bukit Kayu Hitam : Mulai 1 Oktober ini, semua bakal Haji dan Umrah,ibu bapa yang nak menghantar anak mereka ke luar negara melanjutkan pelajaran serta peserta lawatan sambil belajar ke negara asing boleh memohon Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) Alternatif mampu milik dengan bayaran RM100.

Pasport baru dengan 32 muka surat itu mempunyai tempoh sah laku selama dua tahun, berbanding yang ada ketika ini iaitu 32 muka surat dan 64 muka surat, masing-masing berharga RM300 dan RM600 untuk tempoh sah laku 5 tahun.

Mengumumkannya di sini,semalam,Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Hishammudin Hussein, berkata PMA Alternatif itu bertujuan meringankan beban rakyat, terutama mereka yang menggunakan pasport bagi satu tujuan sahaja, terutam jemaah haji atau mereka yang kurang kerap menggunakannya.

"PMA Alternatif berkonsepkan kos lebih rendah dan mampu milik akan menjadi pilihan tambahan kepada kategori pasport sedia ada.

"Berdasarkan maklum balas rakyat, KDN berasakan kadar RM300 dan RM600 agak tinggi terutama bagi mereka yang menggunakan pasport untuk satu tujuan khusus atau kadar penggunaan yang tidak kerap.

"Ada banyak kes warganegara hanya memerlukan pasport untuk sekali kegunaan, termasuk untuk mengerjakan ibadat umrah,lawatan sambil belajar ke luar negara atau ibu bapa yang mahu menghantar anak melanjutkan pengajian ke luar negara," katanya pada majlis berbuka puasa di Kompleks Kastam, Imigrsen dan Kuarantin (CIQ) di sini, semalam.

Hishammuddin berkata, keputusan kerajaan memperkenalkan PMA ALternatif adalah sebagai lanjutan daripada keputusan kerajaan memperkenalkan pasport antarabangsa untuk jemaah haji bagi memenuhi peraturan Kerajaan Arab Saudi mewajibkan jemaah memiliki pasport antarabangsa.

Selain itu, katanya, pelaksanaan konsep penerbangan tambang murah pakej pelancongan berpatutan juga membolehkan ramai rakyat negara ini memilih untuk bercuti ke luar negara yang mana kos pasport,masing-masing RM300 dan RM600 sebelum ini membebankan mereka.

0 comments: