Segerakan Naiktaraf ICQ Bukit Kayu Hitam, Kata Adun
9:29 AM Edit This 0 Comments »
BUKIT KAYU HITAM, 17 Feb (Bernama) -- Projek menaiktaraf Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Bukit Kayu Hitam harus disegerakan kerana masalah kesesakan di situ semakin buruk.
Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan itu Datuk Ahmad Zaini Jaapar berkata pada masa sekarang kenderaan terpaksa berbaris panjang sehingga berjam-jam sebelum dapat melepasi pemeriksaan.
"Keadaan ini berlaku setiap hari khususnya kenderaan perdagangan yang terperangkap selama berjam-jam," katanya kepada pemberita di sini Rabu.
Beliau berkata penambahbaikan itu juga wajar dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan terkini bagi menangani masalah pembolosan dan penyeludupan, selain turut mengambil kira pembangunan sekitar kawasan berkenaan.
Projek menaiktaraf ICQ itu telah diluluskan dalam Bajet 2010 dengan peruntukan RM300 juta, katanya.
0 comments:
Post a Comment