I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ramadan Mubarak

Pertandingan Bowling di Alamanda,Putrajaya

Majlis Sambutan Hari Lahir Pegawai Pasukan C ( MAC,APRIL & MEI)

Rekreasi Pasukan C ke Jeram Toi

Segerakan Naiktaraf ICQ Bukit Kayu Hitam, Kata Adun

9:29 AM Edit This 0 Comments »
Petugas ICQ Bukit Kayu Hitam sedang asyik mendengar taklimat daripada Dato' Sri Mahmood Adam, KSU KDN.

BUKIT KAYU HITAM, 17 Feb (Bernama) -- Projek menaiktaraf Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Bukit Kayu Hitam harus disegerakan kerana masalah kesesakan di situ semakin buruk.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan itu Datuk Ahmad Zaini Jaapar berkata pada masa sekarang kenderaan terpaksa berbaris panjang sehingga berjam-jam sebelum dapat melepasi pemeriksaan.

"Keadaan ini berlaku setiap hari khususnya kenderaan perdagangan yang terperangkap selama berjam-jam," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Beliau berkata penambahbaikan itu juga wajar dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan terkini bagi menangani masalah pembolosan dan penyeludupan, selain turut mengambil kira pembangunan sekitar kawasan berkenaan.

Projek menaiktaraf ICQ itu telah diluluskan dalam Bajet 2010 dengan peruntukan RM300 juta, katanya.

Majlis Bacaan Yasin Pasukan C

8:48 AM Posted In Edit This 0 Comments »



12 FEBRUARI 2010 - Satu Majlis Bacaan Yasin telah diadakan sempena Aktiviti Tahunan Pasukan C bagi 2010. Majlis dimulakan pada jam 12.00pm dengan diketuai oleh PIT Mohd Izham B. Mohd Amin selaku Ketua Biro Agama dan disertai oleh pegawai-pegawai lelaki dari Pasukan C. TPPI Zukri Bin Mohamad Safar(Ketua Pasukan C) dan PIT(I) Abd Ghani B. Abd Rahman (Timb. Ketua Pasukan) turut bersama-sama menyertai majlis bacaan yasin tersebut. Majlis tersebut berjalan lancar berkat dari keberkatan-NYA walaupun pada mulanya terdapat sedikit rintangan. Harap program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa-masa akan datang.

Kaunter Imigresen Ditutup Sempena Tahun Baru Cina

6:31 AM Edit This 0 Comments »

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Kaunter Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di seluruh negara akan ditutup antara tiga hingga empat hari sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina Ahad ini.

Penolong Pegawai Perhubungan Awam JIM Mohd Sharir Mohd Sani berkata kaunter JIM bagi Perlis, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak, tidak akan beroperasi mulai esok hingga 16 Feb.

Manakala bagi Kedah, JIM tidak akan beroperasi mulai Jumaat hingga 15 Feb dan kaunter bagi Kelantan dan Terengganu akan ditutup mulai Jumaat hingga 14 Feb, katanya dalam kenyataan di sini Jumaat.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi bilik gerakan, ibu pejabat JIM, Putrajaya di talian 03-88801555 atau 03-88801556.

-- BERNAMA

Penangguhan Operasi Hanya Untuk Sektor Perkhidmatan

5:07 AM Posted In Edit This 0 Comments »
PUTRAJAYA, 8 Feb (Bernama) -- Keputusan kerajaan menangguhkan pelaksanaan operasi membanteras pekerja asing tanpa permit selepas sambutan Tahun Baru Cina hanya membabitkan sektor perkhidmatan sahaja, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Abdul Rahman Othman.

Beliau berkata penangguhan itu tidak termasuk untuk sektor lain seperti pembinaan dan pembuatan atau lain-lain sektor yang membabitkan pekerja asing.

"Ia juga membabitkan warga asing yang didapati melakukan kegiatan maksiat dan jenayah secara berleluasa... ini kerana kita tidak pernah membuat keputusan untuk mengadakan pengampunan jadi kerja-kerja penguatkuasaan mesti dilaksanakan," katanya pada sidang akhbar di sini Isnin.

Abdul Rahman berkata pihaknya kini sedang berusaha mengurangkan masalah kesesakan di depoh tahanan pekerja asing tanpa izin di seluruh negara kerana pelaksanaan operasi besar-besaran itu nanti perlu dilaksanakan seiring dengan kedudukan depoh yang ada.

"Mereka yang ramai di depoh akan dihantar pulang segera supaya bila operasi itu dilaksanakan nanti tidak akan timbul isu-isu tidak ada tempat untuk diletakkan," katanya.

Jumaat lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan kerajaan memutuskan menangguhkan pelaksanaan operasi membanteras pekerja asing tanpa permit yang asalnya dijadual bermula pada 15 Feb kepada selepas Tahun Baru Cina.

Penangguhan itu berikutan komitmen daripada para majikan untuk memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa membersihkan pekerja asing terbabit sebelum penguatkuasaan dijalankan.

e-Pasport Versi ICAO Mampu Milik

12:44 AM Edit This 0 Comments »

e-Pasport Malaysia Versi International Civil Aviation Organization (ICAO) yang dilancarkan oleh Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein pada petang 2 Februari 2010 jelas mengambarkan pandangan ke hadapan Kerajaan ke arah menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat pada kos yang mampu dibayar oleh rakyat. ICAO adalah agensi khas yang ditubuhkan pada 1947 di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berpangkalan di Montreal, Canada. ICAO diberi mandat oleh PBB untuk mewujudkan dan menetapkan piawaian dan spesifikasi pasport antarabangsa yang perlu dipatuhi oleh negara anggotanya.

Piawaian ICAO merujuk kepada spesifikasi dan standard piawaian dokumen perjalanan bagi tujuan mengawal pergerakan keluar/masuk di sempadan negara. Piawaian pasport ICAO yang ditetapkan dan perlu dipatuhi adalah seperti:

struktur susun data - peningkatan ruang untuk pengisian data
format biometrik - perubahan dari sistem persendirian (propriety) kepada sistem terbuka (open)
imej - peningkatan resolusi yang lebih tinggi untuk pengecaman wajah dengan lebih tepat; dan
pengesahan dokumen - Peralihan dari Secured Access Module (SAM) kepada Public Key Infrastructure (PKI) - data yang terkandung dalam cip elektronik boleh dibaca oleh negara-negara lain.
Pelaksanaan e-pasport versi ICAO ini adalah penting bagi meningkatkan ciri-ciri keselamatan, kecekapan operasi dan keberkesanan sistem e-pasport secara menyeluruh. Selain itu, keperluan untuk beralih dari e-pasport semasa kepada e-pasport versi ICAO didasari oleh beberapa sebab. Antaranya ialah meningkatkan integriti dokumen perjalanan; keseragaman dokumen perjalanan di antara negara-negara anggota ICAO; dan mengekang dan mencegah gejala pemalsuan pasport Malaysia.

Selain itu, ia juga bagi mengekang kes-kes kecurian serta melindungi identiti rakyat Malaysia (cip tidak boleh dipalsukan); memperkasakan kawalan keselamatan pintu-pintu masuk negara; lebih fokus menyaring pengembara berisiko tinggi; dan memberikan fasilitasi kepada pengembara tulen.

Pelaksanaan e-pasport versi ICAO ini membolehkan rakyat menikmati faedah sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih efisen, keselesaan pergerakan rakyat Malaysia di pintu-pintu masuk antarabangsa melalui dokumen yang mempunyai keupayaan 'interperobality'/'saling kendali' di mana ketulenan atau kesahihan maklumat pemegang pasport dengan dokumen perjalanan boleh disahkan; dan menikmati kemudahan e-servis dan pintu pemeriksaan automatik (autogate) yang disediakan oleh negara-negara anggota ICAO di seluruh dunia kelak (untuk negara-negara yang menyediakan fasiliti tersebut).

Pengeluaran e-Pasport Malaysia versi ICAO akan dilaksanakan secara berperingkat. Iaitu Fasa 1 adalah untuk memenuhi ciri-ciri fizikal piawaian ICAO dan tempoh pelaksanaan adalah bulan Februari 2010 untuk seluruh Lembah Klang, Johor dan Pahang, bulan Mac hingga Mei 2010 untuk seluruh Malaysia dan bulan Julai dan Ogos 2010 bagi kesemua pejabat pengeluar pasport Malaysia di luar negara.

Perubahan nyata yang dapat dilihat dalam e-Pasport Malaysia:

1.logo e-Pasport di kulit hadapan;
2.muka surat biodata diubah dari kulit dalam hadapan ke muka surat 2;
3.ruang tandatangan diubah dari muka surat 32/64 ke muka surat 3.
4.cetakan imej di setiap muka surat visa ; dan
5.pasport mengandungi 48 muka surat.

Pelbagai Versi Pasport Malaysia Sesuai Masa

12:39 AM Edit This 0 Comments »


Pelancaran e-passport versi ICAO adalah susulan daripada pendekatan Kerajaan sebelum ini iaitu memperkenalkan Pasport Alternatif mampu milik dengan kos hanya RM100 untuk tempoh sah laku 2 tahun. Keputusan tersebut adalah lanjutan kepada keistimewaan Pasport Alternatif yang telah ditawarkan kepada para jemaah haji untuk memenuhi peraturan baru yang diperkenalkan oleh Kerajaan Arab Saudi yang mewajibkan semua jemaah menggunakan pasport antarabangsa.

Demikian kenyataan MDN Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein bersempena dengan pelancaran versi pasport terbaru Malaysia itu pada 2 Februari 2010 yang diadakan di KLIA. Sebagai tindakan menyeluruh yang melibatkan semua rakyat Malaysia maka Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah mengeluarkan Pasport Alternatif dengan kos lebih murah berkenaan bermula 1 Oktober 2009.

"Pada masa yang sama, pengenalan e-Pasport versi ICAO tidak akan menambah beban rakyat kerana mereka masih boleh terus menggunakan dokumen pasport sedia ada dan hanya perlu ditukar kepada e-pasport versi ICAO apabila tamat tempoh sah laku. Begitu juga, pengenalan e-pasport baru ini dilaksanakan melalui kontrak semasa yang tidak melibatkan sebarang pertambahan kos bagi Kerajaan." Katanya.

Menurut Dato' Seri Hisham lagi Malaysia adalah negara pertama yang memperkenalkan pasport bercip yang bermula pada tahun 1998. Pada 2002 pula, Malaysian Readable Pasport (MRP2) diperkenalkan dengan penambahan ciri-ciri biometrik (cap jari). Manakala pada 2010, dilancarkan e-Pasport Malaysia versi ICAO yang memenuhi piawaian ICAO dengan penambahan maklumat biografik dan biometrik pemilik pasport (cap jari dan gambar).

"Pendek kata pengenalan e-Pasport Malaysia versi ICAO ini memberi manfaat kepada semua. ICAO bukan hanya sekadar keseragaman pengeluaran dokumen perjalanan di peringkat antarabangsa tetapi juga dari segi kawalan sempadan yang menjadi teras kepada fungsi Jabatan imigresen. Ia adalah penambahbaikan kepada sistem penyampaian perkhidmatan di peringkat global untuk rakyat." Katanya.

3 pelajar China gagal pulang ditipu visa RM27,000

12:34 AM Edit This 0 Comments »
KUALA LUMPUR: Hasrat tiga pelajar wanita warga China untuk pulang menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga mereka tidak kesampaian apabila visa mereka tidak diperbaharui walaupun sudah membayar RM27,000 kepada seorang ejen tempatan.

Salah seorang mangsa, pelajar jurusan sarjana muzik tahun tiga di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) mendakwa menyerahkan wang itu, kepada seorang ejen yang juga kakitangan pengurusan kolej itu.

Pengerusi Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Michael Chong, berkata visa ketiga-tiga mangsa sudah tamat tempoh September lalu dan mereka membayar RM9,000 seorang pada November lalu kepada ejen itu untuk memperbaharui visa mereka.

“Mangsa juga sudah menempah tiket penerbangan dengan memikirkan visa sudah diperbaharui dan dapat menyambut Tahun Baru China bersama keluarga selepas dua tahun tidak pulang.

“Bimbang berikutan tarikh pelepasan semakin hampir, mangsa menghubungi ejen mereka yang dikenali sebagai Wong, 40-an dan dimaklumkan visa sudah diserahkan kepada Jabatan Imigresen dan memberi jaminan akan menyerahkan kepadanya dalam masa beberapa hari,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Chong berkata, selepas beberapa minggu menunggu maklum balas daripada ejen itu, mangsa menghubungi Jabatan Imigresen untuk mendapatkan berhubung status visanya dan terkejut apabila dimaklumkan visa mereka tidak pernah dihantar ke pejabat itu.

“Dua daripada mereka yang yang dijadualkan berlepas semalam (kelmarin) kini terlepas penerbangan dan harapan untuk pulang menyambut Tahun Baru Cina berkecai, manakala seorang lagi mangsa yang sepatutnya pulang pada 23 Februari ini bakal berdepan nasib sama.

“Saya menghubungi sendiri ejen itu untuk mendapatkan maklumat berhubung bayaran yang dikenakan terhadap pelajar itu, namun dia menafikan terbabit dalam sebarang penipuan,” katanya. yang akan mengemukakan kes itu ke Jabatan Imigresen dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk membantu mangsa.