I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ramadan Mubarak

Pertandingan Bowling di Alamanda,Putrajaya

Majlis Sambutan Hari Lahir Pegawai Pasukan C ( MAC,APRIL & MEI)

Rekreasi Pasukan C ke Jeram Toi

Puteri Sarah ditahan di LCCT

1:19 AM Edit This 0 Comments »



Kasihan dengan pelakon cantik jelita Puteri Sarah Liyana, 24, yang ditahan di Terminal Tambang Murah (LCCT) kira-kira dua minggu lalu.

Menurut Sumber, Puteri Sarah bersama keluarganya hendak bercuti ke Krabi, Thailand. Semasa melakukan pemeriksaan pasport, tiba-tiba dia kena tahan dengan pihak imigresen.

Rupa-rupanya nama Sarah tersenarai antara individu yang masih berhutang dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Kiranya nama dia sudah disenarai hitam dan tidak boleh keluar negara selagi tidak membayar hutang berkenaan. Gara-gara insiden itu, hanya keluarga Sarah sahaja yang dibenarkan melepasi pemeriksaan imigresen.

Barang-barang dia yang dah masuk dalam perut kapal terbang pula terpaksalah dipunggah semula.

Mengikut maklumat yang disampaikan kepada Niezam, Sarah agak terkejut kenapa nama dia disenaraihitamkan oleh agensi itu?

Bukannya apa, sekarang ini Sarah masih menjadi pelajar di Kolej Taylors. Dia ambil jurusan dalam bidang pelancongan dan hospitaliti. Selalunya lepas habis belajar dan dah bekerja barulah seseorang itu dikehendaki membayar wang pinjaman pelajaran masing-masing.

Ni lain pula. Belajar belum habis tapi dah kena black list?

Apa-apa pun pengalaman Sarah dan Faizal Tahir yang pernah ditahan sebelum ini dapatlah menjadi pengajaran. Kalau nak melancong tu, pergilah periksa nama dulu takut nanti sia-sia saja tempah tiket kapal terbang.

Jangan beri muka rakyat Malaysia guna pasport asing

12:58 AM Posted In Edit This 0 Comments »
DALAM Perlembagaan ada dua cara menyebabkan seseorang itu boleh hilang kewarganegaraan atau kerakyatannya.

Bahagian 3 Perlembagaan (Bab 3) iaitu Perkara 24 menyatakan bahawa kerakyatan akan dilucutkan sekiranya seseorang mendapat kerakyatan daripada negara lain. Dalam Perkara 25 pula menyebut bahawa kerakyatan akan dilucutkan sekiranya terbukti seseorang tidak setia kepada negara.

Dalam perkara ini, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Abdul Rahman Othman telah memberi amaran kepada rakyat Malaysia yang memiliki atau menggunakan pasport negara lain untuk keluar negara, mereka boleh dilucutkan status kerakyatan.

Pasport antarabangsa Malaysia adalah bukti kerakyatan pemegang buku berwarna merah itu. Jika seseorang mengaku rakyat Malaysia, dia tidak sekali-kali mencampakkan pasport itu dan diganti dengan buku kecil berwarna lain.

Sekiranya dia menggunakan pasport berwarna lain selain warna merah, sah dia bukan rakyat Malaysia lagi.

Biar apa pun muslihat seseorang rakyat Malaysia memiliki atau mengguna pasport negara lain, dia boleh dikategorikan orang yang tidak setia kepada Malaysia. Jadi, jika benar perkara ini terjadi, Jabatan Imigresen dan Kerajaan Malaysia perlu melucutkan status kerakyatan individu berkenaan.

Mengapa kita perlu memberi muka kepada golongan yang sesuka hati menggunakan dua pasport. Malaysia tidak memberi keistimewaan kepada orang yang kesetiaannya kepada negara boleh diragui. Dan bukan dasar Malaysia membenarkan rakyatnya memiliki dua kewarganegaraan.

Sudah tentu orang yang menggunakan pasport asing ada agenda tersembunyi untuk keluar masuk ke negara lain.

Kes-kes melibatkan penggunaan pasport asing bukan baru di negara kita. Kalau tidak bagaimana beberapa individu tertentu termasuk orang politik yang dikehendaki oleh polis boleh bolos dari sempadan negara ini.

Kesalahan memiliki dua pasport ini belum ditambah dengan jenayah pemalsuan pasport untuk tujuan pemerdagangan dan penyeludupan manusia di negara kita.

Adalah penting segala isu penggunaan pasport asing apatah lagi melibatkan orang yang dikehendaki polis Malaysia hendaklah diselesaikan seberapa segera.

Janganlah dilengah-lengahkan usaha mencari dan menahan individu yang dikehendaki itu. Mereka perlu menjalani perbicaraan di mahkamah bagi menyelesaikan kes saman daripada pihak pelantif.

Sudah banyak kes orang kena tuduh bukan sahaja tertangguh malah mereka sendiri menghilangkan diri apabila gagal dikesan setelah melarikan diri ke luar negara.

Kerajaan perlu bertindak terhadap individu yang melarikan diri ke luar negara melalui saluran yang bertentangan dengan undang-undang imigresen Malaysia. Cari mereka sampai ke lubang cacing agar tindakan berani dan serius daripada Kerajaan Malaysia dapat memberi isyarat kepada individu lain yang cuba lari daripada undang-undang Malaysia. Sudah terlalu lama dasar berlembut dilaksanakan.

Oleh itu jika mereka tidak ditemui, guballah undang-undang yang mana kerajaan boleh melucutkan status kerakyatan individu yang telah melarikan diri daripada pihak polis dan mahkamah di Malaysia. Sesungguhnya mereka bukan rakyat yang setia maka mereka tidak berhak menjadi rakyat Malaysia.

'Tentera semut' sukar dikawal

12:51 AM Posted In Edit This 0 Comments »
KUALA LUMPUR 26 Dis. - Jabatan Imigresen mengakui aktiviti penyeludupan oleh 'pelawat tradisional' atau 'tentera semut' di kawasan sempadan sukar dikawal kerana mereka sangat memahami selok-belok perairan negara.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, pelawat tradisional ialah rakyat negara jiran yang masuk ke negara ini untuk menjalankan perniagaan sejak turun-temurun.

"Mereka sudah tahu selok-belok perairan negara dan tahu di mana pos imigresen kita di sempadan, mereka pasti berjaya mengelak daripada melaluinya.

"Kawalan kita memang ketat, di kawasan sungai juga ada anggota kita membuat kawalan tetapi kegiatan mereka (pelawat tradisional) memang sukar dikawal," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia menyiarkan laporan khas yang membongkar kewujudan penyeludup yang dikenali sebagai 'tentera semut' di kawasan bandar berhampiran sempadan negara.

Walaupun menyalahi undang-undang, ia seolah-olah 'dihalalkan' oleh kebanyakan penduduk tempatan yang terlibat langsung dengan kegiatan itu yang berakar umbi sejak berpuluh-puluh tahun lalu.

Pekerjaan tentera semut itu dianggap sebagai punca utama pendapatan untuk menyara keluarga memandangkan hasilnya yang lumayan sehingga melebihi RM3,000 sebulan.

Abdul Rahman berkata, segala aktiviti perdagangan di sungai adalah salah dari segi undang-undang.

"Kita sudah lama memperketatkan aspek keselamatan di sempadan negara ini, apa yang penting sekarang ialah meningkatkan kawalan dan mengambil langkah lebih berhati-hati.

"Ini terutama bagi mengesan pergerakan pelawat tradisional," katanya yang mengakui aktiviti penyeludupan tersebut kini menjadi-jadi dan pelbagai taktik baru digunakan untuk mengaburi pihak berkuasa.